Ayat Amalan Membina Diri 2

Ayat Amalan Membina Diri 2

Di dalam ayat Al-Quran ini, iaitu Surah A-Tin Ayat 4, Allah telah menyatakan bahawa Dia telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Ini bermaksud manusia adalah ciptaan Allah yang paling utama dan mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Meskipun ada di antara kita yang lahir dengan kurang sifat namun setiap insan itu ada kelebihannya yang tersendiri. Contohnya, orang yang tidak dapat melihat dengan mata mungkin mempunyai kelebihan dengan hatinya atau pancaindera yang lain atau mempunyai skil-skil yang tertentu yang tidak dimiliki oleh orang yang dapat melihat.

Walaubagaimanapun, di dalam ayat yang seterusnya iaitu Surah At-Tin Ayat 5, Allah menegaskan bahawa kemudian Allah akan mengembalikan manusia ke tempat yang serendah-rendahnya kecuali mereka yang berbuat kebaikan dan beramal soleh. Dengan mengamalkan ayat ini, kita mampu mengingatkan diri kita tentang hakikat penciptaan diri kita. Sebaiknya ia diamalkan di waktu pagi, iaitu selepas solat subuh atau solat dhuha atau ketika untuk keluar bekerja agar kita dapat memulakan hari kita dengan niat yang selaras dengan objektif Allah mencipta diri kita ini. Apabila mengamalkan ayat ini, kita boleh berdoa agar Allah membantu kita kekal menjadi hamba yang terbaik disisiNya dan semoga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yang dikembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka jahanam). InsyaAllah, amalan ini dapat membina diri kita sekiranya dibuat dengan istiqomah dan dapat mengelakkan terjadinya kejatuhan akhlak di kalangan kita.

 

Ayat amalan ini ( Surah At-Tin 94: Ayat 4) dipetik daripada buku Mengembalikan Kehebatan Manusia tulisan Azizul Basri (Pengasas Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi). 

Kedai Isnad Tadawi  

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi  

 

www.easymall.my