Cart 0

Kaedah Rawatan Islam Secara Ruqyah Syariah



Di Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi kami amat menitik-beratkan tentang kaedah rawatan islam yang kami gunakan. Dengan izin Allah, kami memastikan setiap kaedah rawatan yang diamalkan tidak mengandungi sebarang unsur-unsur syirik dan khurafat. Oleh itu, kami menggunakan kaedah yang dipanggil Ruqyah Syariah.

 

Ruqyah adalah suatu perubatan dengan membacakan jampi-jampi dan sebenarnya sudah wujud semenjak zaman Jahilliah lagi. Kemudian setelah ajaran Islam datang, Rasulullah s.a.w telah menetapkan Ruqyah yang dibolehkan adalah Ruqyah yang mengikut Syariah Islam sahaja. Ruqyah Syariah adalah suatu perubatan dengan cara membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Ruqyah Syariah dilakukan oleh seorang muslim, baik untuk tujuan penjagaan dan perlindungan diri sendiri atau orang lain, daripada pengaruh buruk, pandangan mata manusia dan jin, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, dan berbagai penyakit fizikal, kebatinan serta hati. Ruqyah adalah perubatan yang sudah ada di zaman Jahilliah dan ketika Muhammad s.a.w. diutus menjadi Rasulullah, maka telah ditetapkanlah Ruqyah yang dibolehkan di dalam Islam. Allah telah menurunkan Surah Al-Falaq dan An-Naas, dan salah satu fungsinya adalah sebagai pencegahan dan terapi bagi orang beriman yang terkena sihir. Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca kedua surah tersebut dan meniupkannya pada kedua tapak tangannya, mengusapkan pada kepala dan wajah serta anggota badannya.

 

Hukum Ruqyah

Para ulama berpendapat bahawa pada dasarnya Ruqyah secara umum dilarang, kecuali yang berasaskan Syariah Islam sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya ruqyah (mantera), tamimah dan tiwalah adalah kemusyrikan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Hakim).

Para ulama juga bersepakat membolehkan Ruqyah Syariah, iaitu pembacaan Al-Qur’an untuk penjagaan dan penyembuhan penyakit.

 

Adab-Adab Untuk Perubatan Secara Ruqyah Syariah

·   Bacaan Ruqyah yang merupakan ayat-ayat Al-Qur’an dan doa atau wirid dari Rasulullah s.a.w.

·   Doa yang dibacakan jelas dan diketahui maknanya

·   Berkeyakinan bahawa Ruqyah tidak berpengaruh atau berkesan dengan sendirinya, melainkan dengan takdir dan izin Allah SWT sahaja

·   Tidak meminta tolong kepada jin atau yang lainnya selain Allah

·   Tidak menggunakan benda-benda yang menimbulkan syirik, syubahah atau perasaan was-was

·   Cara perubatan harus sesuai dengan nilai-nilai Syariah

·   Orang yang melakukan perubatan harus memiliki kebersihan aqidah, akhlak yang terpuji dan istiqomah dalam ibadah

 

Di antara penyembuhan terhasil daripada amalan Ruqyah Syariah, InsyaAllah:

·   Pengusiran jin dan syaitan serta pembatalan sihir

·   Pelindungan dan pembersihan diri serta rumah kediaman daripada makhluk halus

·   Penambat kasih sayang di dalam rumahtangga

·   Ketenangan jiwa

·   Penenang dan pemulihan anak-anak degil dan nakal

·   Penyembuhan sakit-sakit fizikal mengikut niat

 

Di antara ayat-ayat yang kami gunakan di dalam rawatan adalah seperti berikut:

1) Ayat Membina Diri 1 - Surah Al Baqarah (1 : Ayat 30)


2) Ayat Membina Diri 2 - Surah At-Tin (95 : Ayat 4)


3) Ayat Membina Diri 3 - Surah Az-Zariyyat (51 : Ayat 56 )


4) Ayat Membina Diri 4 - Surah Al Isra’ (17 : Ayat 70 )


5) Ayat Pendinding Diri 1 - Surah Al-Isra’ (17 : Ayat 70 )


6) Ayat Pendinding Diri 2 - Surah Al-ISra’ (17 : Ayat 81)


7) Ayat Pendinding Diri 3 - Surah Al-Furqan (25 : Ayat 23 )


8) Ayat Pendinding Diri 4 - Surah Yasin (36 : Ayat 9  )


9) Ayat Pendinding Diri 5 - Surah Al- A’raf (7 : Ayat 17)


10) Ayat Pendinding Diri 6 - Surah As-Soffat (37 : Ayat 7  )


11) Ayat Pendinding Diri 7 - Surah Al-An’am (6 : Ayat 61)


12) Ayat Pendinding Diri 8 - Surah At-Tariq (86 : Ayat 4)


13) Ayat Pendinding Diri 9 - Surah Hud (11 : Ayat 57)


14) Ayat Pendinding Diri 10 - Surah Yusuf (12 : Ayat 64)


15) Ayat Pendinding Diri 11 - Surah At-Taubah (9 : Ayat 128-129)


16) Ayat Pendinding Diri 12 - Surah Ali-Imran (3 : Ayat 173)


17) Ayat Pendinding Diri 13 - Doa Rasulullah saw


18) Ayat Pendinding Diri 14 - Doa Rasulullah saw


19) Ayat Pendinding Diri 15 - Doa Rasulullah saw


20) Ayat Pendinding Diri 16 - Doa Rasulullah saw


21) Ayat Pendinding Diri 17 - Doa Rasulullah saw


22) Ayat Pendinding Diri 18 - Doa Rasulullah saw


23) Ayat Utama Ruqyah 1 - Surah Al-Fatihah (1 : Ayat 1-7)


24) Ayat Utama Ruqyah 2 - Surah Al- Baqarah (2 : Ayat 1-5)


25) Ayat Utama Ruqyah 3 - Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 1-7)


26) Ayat Utama Ruqyah 4 - Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 163-164)


27) Ayat Utama Ruqyah 5 - Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 255)


28) Ayat Utama Ruqyah 6 - Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 285-286)


29) Ayat Utama Ruqyah 7 - Surah Ali-Imran (3 : Ayat 18-19)


30) Ayat Utama Ruqyah 8 - Surah Al-A’raf (7 : Ayat 54-56)


31) Ayat Utama Ruqyah 9 - Surah Al-A’raf (7 : Ayat 117-122)


32) Ayat Utama Ruqyah 10 - Surah Yunus (10 : Ayat 81-82)


33) Ayat Utama Ruqyah 11 - Surah Toha (20 : Ayat 69)


34) Ayat Utama Ruqyah 12 - Surah Al-Mukminum (23 : Ayat 115-118)


35) Ayat Utama Ruqyah 13 - Surah As-Soffat (37 : Ayat 1-10)


36) Ayat Utama Ruqyah 14 - Surah  Al-Ahqaf (46 : Ayat 29-32)


37) Ayat Utama Ruqyah 15 - Surah Ar-Rahman (55 : Ayat 33-36)


38) Ayat Utama Ruqyah 16 - Surah Al-Hasyr (59 : Ayat 21-24)


39) Ayat Utama Ruqyah 17 - Surah Al-Jin (72 : Ayat 1-9)


40) Ayat Utama Ruqyah 18 - Surah Al-Ikhlas (112 : Ayat 1-4)


41) Ayat Utama Ruqyah 19 - Surah Al-Falaq (113: Ayat 1-5)


42) Ayat Utama Ruqyah 20 - Surah An-Nas (114 : Ayat 1-6)


43) Ayat Penutup Ruqyah - Surah Al-Isra’ (17 : Ayat 88)


Ayat-Ayat Al-Quran serta doa daripada Rasulullah s.a.w. yang kami amalkan terdapat di dalam buku ini:

 

 

Video Ruqyah Syariah Isnad Tadawi di bawah ini bukanlah suatu kaedah rawatan jarak jauh. Walaubagaimanapun, dengan hikmah dan kehebatan ayat-ayat suci Al-Quran, video ini boleh digunakan untuk kes-kes kecemasan sekiranya pesakit tidak dapat bertemu secara terus atau bersemuka dengan perawat. Konsepnya sama seperti mendengar CD audio ruqyah. Oleh itu, video Ruqyah Syariah Isnad Tadawi ini boleh digunakan untuk mengesan gangguan pada tubuh serta untuk merawat kes-kes kecemasan gangguan jin serta sihir, insyaAllah.



Pekhidmatan Rawatan Islam Isnad Tadawi:


 

Ruqyah Pengusiran Jin Daripada Kediaman:



Ruqyah Am Atasi Gangguan Jin & Sihir:


Ruqyah Khusus Atasi Sihir:


Ruqyah Surah Al-Baqarah Atasi Gangguan Kediaman:


Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.

 

Untuk mendapatkan rawatan di Isnad Tadawi, sila kilk http://www.isnadtadawi.my/pages/membuat-temujanji-rawatan