Cart 0
Kursus Rawatan Islam Di Rumah: Merawat Diri Sendiri & Insan Lain Melalui Kaedah Ruqyah Syariah  
      
TIdak Perlu Malu & Segan Lagi. Tidak Perlu Bersusah Payah Lagi Untuk Mencari Ilmu Ruqyah Syariah. Kami Datang Ke Tempat Anda.

Ilmu Ruqyah Syariah ini sangat penting dimiliki dan diamalkan oleh keluarga anda. Maka sertailah Kursus Ruqyah Syariah di keselesaan rumah anda sendiri.

 
  

Atasi Gangguan Syaitan, Sihir Dan Masalah Dalam Kehidupan Melalui Amalan Ruqyah Syariah 

Allah menguji kita untuk menjemput kita dekat kepadaNya. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, sebenarnya Allah ingin meningkatkan darjat kita di sisiNya. Maka untuk mencapai objektif Allah menguji kita, kita perlu meningkatkan ilmu serta amalan kita.

Imam Al-Ghazali rahimahullah berkata: "Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Kita memerlukan ilmu untuk mengamalkan Ruqyah Syariah bagi mengatasi masalah di dalam kehidupan kita. Sebaik-baik adab dalam menuntut ilmu adalah dengan berhadapan dengan guru yang mengajar ilmu tersebut.

 

Tak perlu segan, malu dan bersusah lagi untuk menuntut ilmu ruqyah syariah. InshaAllah kami datang ke tempat anda untuk mengajar perkara-perkara berikut:

 

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Tahap 1 merangkumi:
1) Mengenali Manusia Dan Musuhnya
2) Mengetahui Kaedah Perubatan Yang Tidak Syariah
3) Talaqqi Ayat Membina Diri
4) Talaqqi Ayat Pendinding Diri
5) Talaqqi Ayat Rawatan
Keistimewaan kursus ini ialah ayat-ayat yang disampaikan diterangkan secara terperinci CARA dan SEBAB penggunaan ayat-ayat tersebut sebelum BERTALAQQI. Untuk Mengetahui Senarai Ayat Yang Diijazahkan Semasa Tahap 1, sila klik:
http://www.isnadtadawi.my/pages/senarai-ayat-kursus-rawatan-islam-isnad-tadawi-tahap-1


Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Tahap 2 merangkumi:
1) Tasmik Ayat Membina Diri, Pendinding Diri & Rawatan
2) Talaqqi Ayat Mengazab
3) Talaqqi Surah Yasin
4) Praktikal Mengesan Gangguan  
5) Praktikal Meruqyah
6) Praktikal Mengazab & Menyedarkan Mangsa Kerasukan
7) Praktikal Merawat Kediaman & Premis
Keistimewaan kursus ini ialah ayat-ayat yang disampaikan diterangkan secara terperinci CARA dan SEBAB penggunaan ayat-ayat tersebut sebelum BERTALAQQI. Untuk Mengetahui Senarai Ayat Yang Diijazahkan Semasa Tahap 2, sila klik:
http://www.isnadtadawi.my/pages/senarai-ayat-kursus-rawatan-islam-isnad-tadawi-tahap-2

* Untuk Tahap 2, peserta digalakkan membawa pesakit atau teman sebagai pesakit untuk latihan praktikal. TIada yuran tambahan.


PROFILE PENCERAMAH: Sebelum menuntut ilmu, sebaiknya kenalilah dahulu latarbelakang penyampai ilmu tersebut, maka sila rujuk http://www.isnadtadawi.my/pages/profile-perawat---perunding .


LOKASI KURSUS:

Kursus ini boleh diadakan di Isnad Tadawi, rumah, bilik latihan, pejabat atau premis perniagaan untuk dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat-handai atau pekerja. Jumlah peserta adalah tiada had dan mengikut kesesuaian tempat. 


TARIKH KURSUS:

Mengikut temujani yang dipersetujui antara peserta dan pihak Isnad Tadawi.



YURAN KURSUS

Untuk menampung kos operasi Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, berikut adalah caj yang dikenakan: 

1) Penceramah RM300 untuk program selama 4-5 jam  

2)   Caj tambahan mengikut lokasi bagi menampung kos pengangkutan dan tempat penginapan:  

(a) Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih dan kawasan sekitar - RM0  

(b) Kuala Lumpur, Shah Alam, Seremban dan kawasan sekitar - RM50  

(c) Lain-lain bahagian Selangor & N. Sembilan - RM100  

(d) Melaka - RM150  

(e) Perak, Pahang, Johor - RM450  

(f) P, Pinang, Kedah, Perlis - RM600  

(g) Kelantan, Terengganu - RM700  

(f) Sabah, Sarawak - RM1500  


UNTUK MENDAFTAR: 
Whatsapp / SMS nama penuh, no kad pengenalan, no telefon bimbit, tahap & tarikh kursus ke 019-3839 777

Keterangan Kursus
 
Kursus Rawatan Islam atau Seminar Rawatan Islam di Isnad Tadawi dijalankan berasaskan objektif mengembalikan kehebatan ummah. Oleh itu kursus ini memberi penumpuan kepada memperbetulkan akidah dan iktikad umat Islam dalam mempelajari atau mengamalkan ilmu perubatan Islam. Para peserta dibawa dalam suatu "perjalanan" untuk melihat betapa hebatnya kasih sayang Allah iaitu Yang Maha Pengasih dalam penciptaan manusia. Para peserta juga dihidangkan dengan kaedah untuk menghayati dan seterusnya menyayangi Al-Quran, lantas benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai panduan di dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, kursus ini memfokus kepada memperbaiki kelemahan umat Islam kerana musuh sebenar umat Islam bukanlah saka atau sihir. Musuh umat Islam yang sebenar-benarnya adalah "Janji Iblis" itu sendiri.
 
Di samping itu, para peserta akan turut diberikan penerangan dalam menjauhi kaedah rawatan Islam yang tidak syariah (melibatkan pendamping jin & ilmu sihir) serta risiko yang dihadapi sekiranya mengamal atau berubat dengan kaedah tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan Islam yang tidak syariah, sila rujuk topik-topik berikut:
 
 
 



Maklumat Tentang Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan kaedah ruqyah syariah iaitu pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir, santau dan saka. Untuk lebih lagi membantu pesakit-pesakit, kami turut mengadakan Kursus Rawatan Islam bagi mereka yang ingin merawat diri sendiri dan keluarga dengan amalan ruqyah syariah.


Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi menyediakan rawatan Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Walaupun Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi terletak di Kajang, kami turut memberikan perkhidmatan rawatan Islam di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Serdang, Puchong, Cheras, Bangi, Semenyih dan Seremban. Malah sekiranya ada keperluan pesakit dan keizinan Allah, kami merawat di mana-mana sahaja di atas bumi Allah ini.


Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi memperjuangkan dan mengamalkan Rawatan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sentiasa berusaha untuk mengajak para orang ramai agar menjauhi kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut syariah agar dapat mengelakkan daripada perbuatan syirik kepada Allah. Sila klik link, untuk mengetahui tentang Kaedah Rawatan kami atau merujuk video di bawah.


Isnad bermaksud sanad, manakala di dalam bahasa melayu membawa maksud sandaran atau riwayat atau pengijazahan. Tadawi pula bermaksud rawatan. Oleh itu Isnad Tadawi bermaksud Sanad Rawatan ataupun Pengijazahan Rawatan. Ini bersesuaian dengan misi kami untuk menyampaikan ilmu rawatan Islam kepada semua yang memerlukannya, samada melalui sesi rawatan mahupun sesi pendidikan. Kami di sini tidak mempunyai apa-apa kelebihan, sekadar mempunyai sanad di dalam rawatan Islam. Kepada sesiapa yang teringin mempelajari ilmu ini, kami sentiasa bersedia berkongsi apa yang kami tahu dan memberi pengijazahan kepada mereka yang sudi menerima sanad daripada kami. Oleh itu kami turut mengadakan kursus, seminar atau pengajian rawatan islam.


Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.

 

Pekhidmatan Rawatan Islam Isnad Tadawi:  

 
Ruqyah Pengusiran Jin Daripada Kediaman:  



Ruqyah Am Atasi Gangguan Jin & Sihir:  


Ruqyah Khusus Atasi Sihir:  

   

Ruqyah Surah Al-Baqarah Atasi Gangguan Kediaman:  

   

Temubual Tentang Sebahagian Perkhidmatan Pembangunan Ummah: