Cart 0



Profile Perawat, Penceramah & Perunding - Azizul Basri

Azizul Basri berkelulusan BSc (Hons) Computer Engineering daripada University of Manchester pada tahun 1996 dan kemudiannya memperolehi Professional Diploma In Sales & Marketing daripada Universiti Malaya pada tahun 2005. Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, Petronas dan beberapa syarikat bertaraf multinasional di dalam bidang pengurusan dan pemasaran. Semenjak 2008, beliau telah berkecimpung di dalam bidang rawatan Islam dan telah mendapat latihan dan pengijazahan di dalam bidang tersebut daripada guru-guru beliau iaitu:

  • Dato Seri Ustaz Suhaimi Rozali (Darul Ruqiyyah) - 2008
  • Dato Ustaz Sharhan Safie (Sinar Zamdurrani) - 2010
  • Ustaz Fauzi Mustafa (Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia) - 2012
  • Tuan Guru Dato Ustaz Haron Din (Darussyifa) – 2015
  • Ustaz Mahmud Fathi (Madrasah Ta’limul Quran Bissanad) – 2015
  • Ustaz Eri Abdul Rahim (Quranic Healing Technology) - 2016
  • Ustaz Nuruddin Al Indunissy (Rehab Hati) - 2017

Pada 2015, beliau telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai Panel Pakar dalam menghasilkan garis panduan rawatan Islam yang benar-benar mengikut hukum syarak.

Beliau juga adalah seorang Pengajar Bertauliah Al-Quran Kaedah Al-Hira'. Kini beliau merupakan seorang perunding, penceramah dan Personal Coach bagi pelanggan-pelanggan korporat, peniaga kecil dan sederhana serta individu pelbagai lapisan umur. Berikut adalah beberapa program pembangunan yang pernah beliau kendalikan:

  • Ceramah Rawatan Islam (Program awam di masjid-masjid, surau-surau dan pejabat-pejabat)
  • Ceramah Rawatan Islam (Program khas untuk warden/ustaz kolej-kolej MARA)
  • Ceramah Rawatan Islam (Program khas anggota penyelamat Jabatan Pertahanan Awam)
  • Seminar Rawatan Islam Berasaskan Kaedah Ruqyah Syariah
  • Al-Quran Sebagai Petunjuk Dalam Pembangunan Diri, Perniagaan Dan Organisasi
  • Mencintai Alam = Mencintai Allah
  • Mengembalikan Kehebatan Manusia
  • Menjemput Rahmat Allah Melalui Pekerjaan
  • Motivasi Kepada Persatuan Orang Buta Malaysia
  • Motivasi Usahawan MARA
  • Bengkel Usahawan Hebat
  • Pembangunan Perniagaan Berasaskan Internet
  • Motivasi Budaya Kerja Positif
  • Pengurusan Stres Melalui Pandangan Islam
  • Managing KPI For Business Process Outsourcing


Website: http://www.isnadtadawi.my/
Facebook Personal Profile: https://www.facebook.com/azizulbasri
FB FanPage Isnad Tadawi: https://www.facebook.com/PusatRawatanIslamIsnadTadawi/ 
FB FanPage (Personal Coaching): https://www.facebook.com/AzizulBasriPersonalCoach/
Instagram Isnad Tadawi: https://www.instagram.com/isnadtadawi/
Whatsapp/SMS: 019-3839 777
Email: isnadtadawi@gmail.com



 


Untuk mendapatkan rawatan di Isnad Tadawi, sila kilk http://www.isnadtadawi.my/pages/membuat-temujanji-rawatan