Cart 0


Pengertian Taman Syurga


Majlis zikrullah atau mengingati Allah, merupakan majlis yang sangat mulia di sisi Allah dan memiliki berbagai keutamaan yang agung, berdasarkan:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

Dari Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah saw bersabda,”Jika kamu melintasi taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang.” Para sahabat bertanya,”Apakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab ”Halaqah-halaqah (kelompok-kelompok) zikir.” 


Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,”Barangsiapa ingin menempati taman-taman syurga di dunia, hendaklah dia mendatangi majlis-majlis zikrullah; kerana ia adalah taman-taman syurga.”


Oleh itu, amatlah sesuai majlis zikrullah diumpamakan seperti taman syurga di dunia ini. Tambahan pula majlis zikrullah adalah merupakan majlis malaikat. Ianya juga menjadi penyebab turunnya ketenangan dan rahmat Allah. Rasulullah saw bersbada:


لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

"Tidaklah sekelompok orang duduk berzikir kepada Allah, kecuali para malaikat mengelilingi mereka, rahmat (Allah) meliputi mereka, ketenteraman turun kepada mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan (para malaikat) yang ada di sisiNya."


Kepentingan Program Taman Syurga Di Rumah

Oleh yang demikian adalah amat beruntung bagi kita sekeluarga sekiranya majlis zikrullah ataupun taman syurga ini dapat dibawa ke rumah, pejabat atau premis perniagaan kita. Dengan adanya rahmat Allah yang turun sewaktu majlis zikrullah ini diadakan, inshaAllah kita sekeluarga akan beroleh ketenangan serta dapat membantu mengeluarkan diri kita daripada belenggu ujian yang menimpa.


Pengisian Program Taman Syurga Di Rumah


Berikut adalah di antara pengisian-pengisian yang dapat disampaikan oleh penceramah sewaktu program ini. Pemilihan pengisian adalah berdasarkan keperluan kepada keluarga yang terlibat.


  • Membina Insan Pemberi Manfaat
  • Menjemput Rahmat Allah Melalui Pekerjaan
  • Mengikut Akhlak Rasulullah saw
  • Penawar Bagi Hati
  • Rawatan Islam (Kaedah Ruqyah Syariah)
  • Betulkan Yang Difikir, Fikirkan Yang Betul
  • Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain


Program ini boleh diadakan di rumah, bilik latihan, pejabat atau premis perniagaan untuk dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat-handai atau pekerja. Jumlah peserta adalah tiada had dan mengikut kesesuaian tempat. Untuk menampung kos operasi Isnad Tadawi, berikut adalah caj yang dikenakan:

1) Penceramah RM200 untuk program selama 2 jam

2) Caj tambahan mengikut lokasi:

(a) Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih dan kawasan sekitar - RM0

(b) Kuala Lumpur, Shah Alam, Seremban dan kawasan sekitar - RM50

(c) Lain-lain bahagian Selangor & N. Sembilan - RM100

(d) Melaka - RM150

(e) Perak, Pahang, Johor - RM450

(f) P, Pinang, Kedah, Perlis - RM600

(g) Kelantan, Terengganu - RM700

(f) Sabah, Sarawak - RM1500