Cart 0


Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan kaedah ruqyah syariah iaitu pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir, santau dan saka. Untuk lebih lagi membantu pesakit-pesakit, kami turut mengadakan Kursus Rawatan Islam bagi mereka yang ingin merawat diri sendiri dan keluarga dengan amalan ruqyah syariah. Walaupun Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi terletak di Kajang, kami turut memberikan perkhidmatan rawatan Islam di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Serdang, Puchong, Cheras, Bangi, Semenyih dan Seremban. Malah sekiranya ada keperluan pesakit dan keizinan Allah, kami merawat di mana-mana sahaja di atas bumi Allah ini.


Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi memperjuangkan dan mengamalkan Rawatan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sentiasa berusaha untuk mengajak para orang ramai agar menjauhi kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut syariah agar dapat mengelakkan daripada perbuatan syirik kepada Allah. Sila klik link, untuk mengetahui tentang Kaedah Rawatan kami atau merujuk video di bawah.

Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan islam atau pengubatan islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, sila klik Hubungi Kami.

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi diadakan kerana menyedari cara berubat yang terbaik adalah dengan merawat diri sendiri dan juga adalah sangat penting untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang perawat ruqyah bagi setiap keluarga. Untuk keterangan lanjut, sila klik Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi.

Sebelum berubat, sebaiknya kenalilah dahulu latarbelakang perawat, maka sila rujuk Profile Perawat & Perunding Isnad Tadawi.

Untuk mengetahui di antara ayat-ayat yang kami amalkan ketika merawat, sila klik:
http://www.isnadtadawi.my/pages/senarai-ayat-kursus-rawatan-islam-isnad-tadawi-tahap-1 dan http://www.isnadtadawi.my/pages/senarai-ayat-kursus-rawatan-islam-isnad-tadawi-tahap-2


Isnad bermaksud sanad, manakala di dalam bahasa melayu membawa maksud sandaran atau riwayat atau pengijazahan. Tadawi pula bermaksud rawatan. Oleh itu Isnad Tadawi bermaksud Sanad Rawatan ataupun Pengijazahan Rawatan. Ini bersesuaian dengan misi kami untuk menyampaikan ilmu rawatan Islam kepada semua yang memerlukannya, samada melalui sesi rawatan mahupun sesi pendidikan. Kami di sini tidak mempunyai apa-apa kelebihan, sekadar mempunyai sanad di dalam rawatan Islam. Kepada sesiapa yang teringin mempelajari ilmu ini, kami sentiasa bersedia berkongsi apa yang kami tahu dan memberi pengijazahan kepada mereka yang sudi menerima sanad daripada kami. Oleh itu kami turut mengadakan kursus, seminar atau pengajian rawatan islam.


Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.


Pekhidmatan Rawatan Islam Isnad Tadawi:

 
Ruqyah Pengusiran Jin Daripada Kediaman:



Ruqyah Am Atasi Gangguan Jin & Sihir:


Ruqyah Khusus Atasi Sihir:


Ruqyah Surah Al-Baqarah Atasi Gangguan Kediaman:


Temubual Tentang Sebahagian Perkhidmatan Pembangunan Ummah: