Cart 0
Personal coaching (5).png

eBook Ruqyah

RM 0.00

Terima kasih kerana sudi menggunakan eBook Ruqyah Isnad Tadawi. Ayat-ayat ruqyah yang ada di dalam eBook ini merangkumi Ayat Membina Diri, Ayat Pendinding Diri dan Ayat Utama Merawat. Ada orang menghubungi kami meminta izin kami menggunakan ayat-ayat ruqyah yang diletakkan di dalam eBook atau buku kami. Jawapan kami ialah semua ayat-ayat ruqyah itu adalah kalam dan milik Allah. Maka sesiapa sahaja boleh mengamalkannya. Namun jika masih memerlukan keizinan, dengan ini saya, Azizul Basri, Pengasas Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, dengan nama Allah mengizinkan anda untuk mengamalkan ayat-ayat ruqyah tersebut.

 

Walaubagaimanapun, mengamalkan ilmu itu sebaik-baiknya berguru. Sekiranya ada yang ingin mendapatkan ilmu secara berguru dan bersanad dengan saya, sila klik link ini Kursus Rawatan Islam.

 

Sekiranya ada pula yang ingin mendapatkan perkhidmatan ruqyah daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, sila klik link ini Membuat Temujanji Rawatan.


Untuk memuat turun eBook Ruqyah Isnad Tadawi sekarang, sila pilih mengikut jenis OS alat komunikasi anda:

 

1) Bagi Android Mobile Apps*: http://apps.appmakr.com/isnad   

(*Nota: Anda perlu membenarkan "Installation from unknown sources" dalam setting telefon anda bila diminta)

 

2) Bagi iOS:  http://h.theapp.mobi/isnad  (run dalam browser)

 

3) Bagi PC atau lain-lain OS: http://h.theapp.mobi/isnad  (run dalam browser)


Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.