Cart 0
Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Tahap 1.png

Kursus Rawatan Islam Tahap 1

RM 150.00
Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi: Merawat Diri Sendiri & Insan Lain Melalui Kaedah Ruqyah Syariah
 

Atasi Gangguan Syaitan, Sihir Dan Masalah Dalam Kehidupan Melalui Amalan Ruqyah Syariah

Allah menguji kita untuk menjemput kita dekat kepadaNya. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, sebenarnya Allah ingin meningkatkan darjat kita di sisiNya. Maka untuk mencapai objektif Allah menguji kita, kita perlu meningkatkan ilmu serta amalan kita.

Imam Al-Ghazali rahimahullah berkata: "Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Kita memerlukan ilmu untuk mengamalkan Ruqyah Syariah bagi mengatasi masalah di dalam kehidupan kita. Sebaik-baik adab dalam menuntut ilmu adalah dengan berhadapan dengan guru yang mengajar ilmu tersebut.

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Tahap 1 merangkumi:
1) Mengenali Manusia Dan Musuhnya
2) Mengetahui Kaedah Perubatan Yang Tidak Syariah
3) Talaqqi Ayat Membina Diri
4) Talaqqi Ayat Pendinding Diri
5) Talaqqi Ayat Rawatan
Keistimewaan kursus ini ialah ayat-ayat yang disampaikan diterangkan secara terperinci CARA dan SEBAB penggunaan ayat-ayat tersebut sebelum BERTALAQQI. Untuk Mengetahui Senarai Ayat Yang Diijazahkan Semasa Tahap 1, sila klik:
http://www.isnadtadawi.my/pages/senarai-ayat-kursus-rawatan-islam-isnad-tadawi-tahap-1

Yuran adalah RM150 seorang



Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Tahap 2 merangkumi:
1) Tasmik Ayat Membina Diri, Pendinding Diri & Rawatan
2) Talaqqi Ayat Mengazab
3) Talaqqi Surah Yasin
4) Praktikal Mengesan Gangguan  
5) Praktikal Meruqyah
6) Praktikal Mengazab & Menyedarkan Mangsa Kerasukan
7) Praktikal Merawat Kediaman & Premis
Keistimewaan kursus ini ialah ayat-ayat yang disampaikan diterangkan secara terperinci CARA dan SEBAB penggunaan ayat-ayat tersebut sebelum BERTALAQQI. Untuk Mengetahui Senarai Ayat Yang Diijazahkan Semasa Tahap 2, sila klik:
http://www.isnadtadawi.my/pages/senarai-ayat-kursus-rawatan-islam-isnad-tadawi-tahap-2

Yuran adalah RM150 seorang

* Untuk Tahap 2, peserta digalakkan membawa pesakit atau teman sebagai pesakit untuk latihan praktikal. TIada yuran tambahan.


PROFILE PENCERAMAH: Sebelum menuntut ilmu, sebaiknya kenalilah dahulu latarbelakang penyampai ilmu tersebut, maka sila rujuk Profile Perawat & Perunding Isnad Tadawi.


LOKASI KURSUS:

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi
Suite 12, Wisma Rayyan
No 45-2, Jalan TTDI Grove 7/1
Taman TTDI Grove Square 2, 43000 Kajang, Selangor.
Laman Web: http://www.isnadtadawi.my
Drive There Using Google Maps: https://goo.gl/maps/4vcB3jHsyVP2
Drive There Using Waze: https://waze.to/lr/hw283hc7rx


UNTUK TARIKH TERDEKAT, MAKLUMAT LANJUT & CARA MENDAFTAR KURSUS:
sila klik http://www.isnadtadawi.my/pages/kursus-rawatan-islam