Cart 0
Rawatan Ruqyah Personal Coaching Isnad Tadawi.png

Rawatan Ruqyah

RM 0.00

Hubungi Kami Untuk Membuat Temujanji Rawatan




Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan kaedah ruqyah syariah iaitu pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir, santau dan saka.  Walaupun Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi terletak di Kajang, kami turut memberikan perkhidmatan rawatan Islam di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Serdang, Puchong, Cheras, Bangi, Semenyih dan Seremban. Malah sekiranya ada keperluan pesakit dan keizinan Allah, kami merawat di mana-mana sahaja di atas bumi Allah ini.

Sebelum berubat, sebaiknya kenalilah dahulu latarbelakang perawat, maka sila rujuk Profile Perawat & Perunding Isnad Tadawi.


Alamat kami adalah seperti di bawah:


Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi
Suite 12, Wisma Rayyan
No 45-2, Jalan TTDI Grove 7/1
Taman TTDI Grove Square 2, 43000 Kajang, Selangor.
Laman Web: http://www.isnadtadawi.my
Drive There Using Google Maps: https://goo.gl/maps/4vcB3jHsyVP2
Drive There Using Waze: https://waze.to/lr/hw283hc7rx


Hari & Waktu Rawatan: Mengikut temujanji pada hari isnin hingga sabtu (9pagi ke 5petang). Ahad tidak dibuka. Sekiranya anda memerlukan rawatan rumah atau premis, sila hubungi kami untuk menetapkan tarikh temujanji.


Temujanji perlu dibuat sebelum datang kerana setiap rawatan adalah mengikut temujanji sahaja. Buat masa ini, sebaik-baiknya hubungi kami 5 hari sebelum tarikh temujanji. Sila hantarkan mesej Whatsapp atau SMS 019-3839 777 (Azizul Basri). Kami terlebih dahulu memohon maaf tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana kesibukan kami merawat.

 

Website: http://www.isnadtadawi.my/

Facebook Personal Profile: https://www.facebook.com/azizulbasri

FB FanPage Isnad Tadawi: https://www.facebook.com/PusatRawatanIslamIsnadTadawi/ 

FB FanPage (Personal Coaching): https://www.facebook.com/AzizulBasriPersonalCoach/

Instagram Isnad Tadawi: https://www.instagram.com/isnadtadawi/

Whatsapp/SMS: 019-3839 777

Email: isnadtadawi@gmail.com


Sekiranya terdapat kes kecemasan atau pesakit tidak dapat hadir ke pusat rawatan, pesakit boleh berikhtiar dengan perkhidmatan Rawatan Ruqyah Syariah “Online”. Sila klik di sini untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan ruqyah syariah secara online http://www.isnadtadawi.my/pages/rawatan-ruqyah-syariah-online


Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.