Cart 0
20200726_093704.jpg



🔻 Semua insan yang hidup samada bukan beragama Islam atau yang memang Muslim, tidak akan terlepas daripada ujian dan cabaran dalam kehidupan.


🔻 Semua ini mampu menjadikan kita berasa sedih, kecewa dan marah. Akibatnya jiwa menjadi tidak tenang.


🔷️ Kami bukanlah kaunselor apatah lagi pakar psychology. Cuma kami pernah melalui suka duka kehidupan selama hampir setengah abad umur kami. Kami juga telah mengabdikan lebih 12 tahun kehidupan kami berkongsi pahit manis kehidupan bersama insan yang sudi datang bertemu kami.


🟢 Tiada janji yang kami tabur kerana tiada kehebatan dalam diri ini. Kami hanya akan duduk sama rendah dengan anda untuk mendengar kisah suka duka pahit manis kehidupan yang anda lalui. Hanya satu terapi yang akan kami sajikan iaitu bacaan ayat-ayat Al-Quran selama 30-45 minit, yang kami akan bacakan sendiri kepada anda bersama iringan doa agar Maha Pencipta memberi jalan keluar kepada kesulitan yang membelenggu diri anda. Ini adalah khidmat kemasyarakatan daripada kami, maka tiada caj dan bil yang menanti kehadiran anda.


🟢 Tidak kira apa agama atau pegangan hidup anda, kita semua manusia yang ditakdirkan menerima ujian di atas bumi ini. Izinkan kami bantu ya...

Hubungilah kami: