Cart 0
Kelas Mengaji Whatsapp Isnad Tadawi.jpg

Kelas Mengaji Whatsapp Isnad Tadawi 3.jpg



Ciri Istimewa Kelas:
✅ Kelas 1 dengan 1 bersama Guru (Bukan dalam group atau beramai-ramai). Guru secara Live dan bukannya pre-recorded.
✅ Modul dan kaedah pengajaran disesuaikan mengikut keperluan dan tahap semasa pelajar.
✅ Tidak memerlukan sambungan broadband yang berkelajuan super tinggi kerana hanya menggunakan imej dan voice note tanpa penggunaan video call.
✅ Semua sesi pembelajaran boleh disimpan untuk rujukan semula di waktu akan datang.
✅ Jimat masa, tenaga dan kos kerana kelas boleh dijalankan di mana-mana sahaja.
✅ Tidak perlu bertukar pakaian untuk keluar rumah.

✳️ Kelas adalah untuk semua peringkat iaitu dewasa, belia dan kanak-kanak. Cuma untuk kanak-kanak, sebaiknya mereka ditemani oleh ibubapa/penjaga supaya mereka dapat memberi penumpuan yang lebih baik dan dapat dibantu daripada sudut teknikal.✳

Pilihan Tahap Kelas:
1) Asas - Bagi pelajar yang betul-betul baru ingin belajar mengaji, iaitu bermula dengan pengenalan huruf.
2) Pertengahan - Bagi pelajar yang sudah boleh mengaji Al-Quran dan ingin memperbaiki sebutan huruf dan pembacaan bertajwid.
3) Lanjutan Pilihan 1 - Bagi pelajar yang sudah boleh mengaji Al-Quran dan ingin memperbaiki bacaan melalui kaedah talaqqi dan tasmik bersama Guru untuk penambahbaikan sebutan dan tajwid. Pembacaan surah dan ayat mengikut susunan di dalam Al-Quran.
4) Lanjutan Pilihan 2 - Bagi pelajar yang sudah boleh mengaji Al-Quran dan ingin memperbaiki bacaan melalui kaedah talaqqi dan tasmik bersama Guru untuk penambahbaikan sebutan dan tajwid. Pembacaan surah dan ayat mengikut susunan ayat-ayat amalan perubatan secara ruqyah syariah.

Kaedah Pembelajaran:
✅ Setiap sesi adalah selama 30minit.
✅ Pelajar boleh memilih jumlah sesi dalam sehari dan kekerapan sesi dalam seminggu/sebulan.
✅ Sewaktu sesi, pelajar perlu memberi penumpuan penuh tanpa membuka applikasi lain atau berurusan lain di Whatsapp.

Pengajar: Ustazah Nurul Izzah

Yuran & Kaedah Pembayaran:
RM10 setiap sesi dan dibayar secara online transfer ke akaun kami selepas setiap sesi

Pendaftaran Kelas:
Sila klik bit.ly/3cNA3yb