Muslimah Tonggak Ummah
Di sebalik kelembutan seorang wanita, tidak dapat disangkal pula peranannya dalam sesebuah institusi keluarga mahupun di dalam dunia pekerjaan serta perniagaan. Sangatlah benar pepatah Melayu yang mengatakan Tangan Yang Menghayun Buaian Dapat Menggoncang Dunia. Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga, ilmu serta idea untuk membangunkan keluarga, ummah dan negara. Menyedari hakikat betapa besarnya peranan dan pengaruh wanita, maka Isnad Tadawi mengambil inisiatif menganjurkan program Muslimah Tonggak Ummah.
Objektif Program
Program Muslimah Tonggak Ummah menumpukan kepada membangunkan wanita yang berteraskan Al-Quran, berilmu, berketerampilan menarik dan gagah berani. Objektif utama program ini adalah:
Melahirkan muslimah yang berketrampilan diri berasaskan hukum syarak dan batasan Islam.
Melahirkan muslimah yang positif rohani, yakin berkomunikasi dan bersedia menggalas tugas sebagai Khalifah di bumi Allah.
Melahirkan muslimah yang berani, tangkas dan mampu mempertahankan diri dari serangan fizikal dan ghaib.
Melahirkan muslimah yang mampu mempertahankan keluarga dan ummah daripada musuh ummah yang nyata.
Melahirkan muslimah yang sentiasa membawa Al-Quran di dalam dada mereka.
Modul Muslimah Tonggak Ummah
Bagi mencapai 5 objektif tersebut, program Muslimah Tonggak Ummah dilaksanakan dalam 5 sesi:
Sesi 1: Muslimah Aura Berseri
Tempoh 5 jam
Menjaga keterampilan diri dan kecantikan diri melalui kaedah mesra wuduk dan patuh syariah
Talaqqi ayat Al-Quran dan doa bagi membina seri wajah dan aura diri
Sesi 2: Muslimah Aura Khalifah
Tempoh 8 jam
Membina diri positif
Betulkan apa yang difikir, fikirkan yang betul
Kaedah pengucapan awam
Talaqqi ayat Al-Quran bagi membina diri sebagai Khalifah
Sesi 3: Muslimah Tabah & Gagah
Tempoh 8 jam
Kaedah amalan senaman harian membina ketangkasan refleks
Kaedah pertahanan diri secara Street Self Defence (menangkis tumbukan, sepakan, cekik, ragut, serangan seksual)
Talaqqi ayat Al-Quran dan doa bagi membina pendinding diri
Sesi 4: Muslimah Srikandi Famili & Ummah
Tempoh 8 jam
Kajian masalah yang biasa dihadapi keluarga dan ummah (tidak bersolat, tidak menutup aurat, berat belajar atau bekerja, pertelingkahan, usaha serba tidak menjadi)
Teknik dan pengurusan krisis rumahtangga dan keluarga
Talaqqi ayat Al-Quran dan doa bagi merawat keluarga
Sesi 5: Muslimah Al-Quran Bergerak
Tempoh berterusan mengikut kemampuan individu
Pembacaan bertajwid ayat-ayat Al-Quran berkaitan membina diri, pendinding diri dan merawat
Hafazan ayat-ayat Al-Quran berkaitan membina diri, pendinding diri dan merawat